ORDINAN 6 TAHUN 1991
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

BAHAGIAN II - KESALAHAN



Seksyen 31. Ajaran atau perbuatan salah.

Seseorang yang mengajar atau menjelaskan kepada seseorang atau di tempat awam mengajar atau menjalankan sesuatu istiadat atau sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan segala dokumen bertulis ajaran salah itu hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.