BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN
(2) Pendaftar boleh menghendaki pihak-pihak kepada perkahwinan itu hadir di hadapannya dan mengemukakan apa-apa keterangan yang dikehendakinya mengenai perkahwinan itu, sama ada lisan atau dokumentar, dan memberi apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki olehnya.
(3) Pendaftar boleh, setelah puashati tentang kebenaran pernyataan-pernyataan yang terkandung dalam permohonan itu, mendaftarkan perkahwinan itu dengan mencatatkan butir-butir mengenainya di dalam Daftar Perkahwinan yang ditetapkan bagi maksud ini.
(4) Catatan Perkahwinan dalam Daftar Perkahwinan itu hendaklah ditandatangani oleh Pendaftar yang membuat catatan itu dan oleh kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu, jika dapat hadir, jika tidak, oleh mana-mana satu pihak yang hadir di hadapan Pendaftar.
(5) Selepas perkahwinan itu didaftarkan, satu salinan sah catatan dalam Daftar Perkahwinan itu yang diperakui dan ditandatangani oleh Pendaftar dan di meteri dengan meteri jawatannya hendaklah diserahkan atau dihantar kepada suami dan satu salinan lagi kepada isteri dan satu salinan ketiga hendaklah dihantar kepada Ketua Pendaftar.
(6) Pendaftar tidak boleh mendaftarkan sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini jika ia berpuashati bahawa perkahwinan itu adalah tidak diakui di bawah Enakmen ini.