ORDINAN 6 TAHUN 1991
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

BAHAGIAN II - KESALAHAN



Seksyen 29. Qazaf.

Kecuali dalam hal keadaan yang memerlukan li'an, seseorang yang menuduh mana-mana orang melakukan zina tanpa mengemukakan empat orang saksi atau ikrar orang yang dituduh mengikut Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan "qazaf" dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.