ENAKMEN 6 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Seksyen 110. Pengiktirafan perkahwinan-perkahwinan yang dilakukan di Kedutaan-Kedutaan, dsb., di Negeri ini.
Sesuatu perkahwinan orang Islam yang bukan warganegara Malaysia yang dilakukan di sesuatu Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul negara asing di Negeri ini hendaklah diiktirafkan sebagai sah bagi segala maksud Enakmen ini jika-
(a)
perkahwinan itu telah dilakukan mengikut cara yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang negara Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul itu, atau mengikut cara yang dibenarkan di bawah Enakmen ini;
(b)
tiap-tiap satu pihak itu ada mempunyai, pada masa perkahwinannya itu, keupayaan berkahwin di bawah undang-undang tempat bermastautinnya; dan
(c)
jika salah satu pihak itu adalah seorang pemastautin di Negeri ini, kedua-dua pihak ada mempunyai keupayaan berkahwin mengikut Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.