ENAKMEN 11 TAHUN 1988
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM 1988

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 8. Kesalahan membahagikan di tempat awam terbitan mengenai agama bukan Islam kepada orang Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia, dalam masa membahagikan di suatu tempat awam apa-apa terbitan mengenai agama bukan Islam atau mana-mana bahan publisiti yang berkaitan dengan terbitan tersebut, menyerahkan salinan atau salinan-salinan terbitan atau bahan publisiti itu kepada orang Islam.

(2) Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen-kecil (1) apabila disabitkan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, dan bagi kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak melebihi empat tahun.

(3) Adalah menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen-kecil (1).





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.