ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK
Seksyen 11. Pindaan dan penyampaian.
Jika berlaku pertukaran pihak semasa mana-mana prosiding belum selesai-
(
a
) tajuk prosiding hendaklah dipinda sewajarnya;
(
b
) mana-mana orang yang ditambah atau diganti sebagai defendan hendaklah diserahkan dokumen perbicaraan melainkan dia bersetuju tidak perlu dokumen itu diserahkan kepadanya. Prosiding terhadapnya hendaklah disifatkan sebagai telah dimulakan mulai tarikh penyerahan atau persetujuan itu, mengikut atau persetujuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.