ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 45. Kes khas.

(1) Penyampaian kepada mana-mana orang yang tidak berkeupayaan hendaklah dibuat kepada penjagasahnya, jika ada, atau kepada orang yang dengannya orang yang tidak berkeupayaan itu tinggal atau di bawah jagaannya. Mahkamah boleh memerintahkan bahawa penyampaian kepada orang yang tidak berkeupayaan itu hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang sempurna.

(2) Penyampaian kepada seorang banduan di dalam penjara hendaklah dibuat kepada pegawai yang menjaga penjara itu yang hendaklah menyampaikannya pula kepada banduan tersebut.

(3) Penyampaian kepada mana-mana ahli Angkatan Tentera adalah sempurna jika dibuat kepada pegawai pemerintah atau adjutant unitnya yang hendaklah menyampaikanya pula kepada anggota tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.