ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991
BAHAGIAN XX - PEMBAHAGIAN KADAR
Seksyen 157. Hasil jualan dibahagi secara kadar kepada penghutang penghakiman.
(1) Apabila sesuatu aset dihasilkan melalui penjualan atau sebaliknya semasa melaksanakan sesuatu perintah atau penghakiman dan lebih dari seorang telah, sebelum penghasilan itu, menahan harta yang darinya aset itu telah dihasilkan di dalam melaksanakan perintah atau penghakiman bagi pembayaran wang terhadap penghutang penghakiman itu dan belum mendapat penyelesaian dari aset itu, aset itu setelah dipotong kos penghasilannya hendaklah dibahagi atas kadar di antara orang-orang itu dengan syarat-syarat berikut-
(a)
apabila harta itu dijual tertakluk kepada cagaran, pemegang cagaran tidaklah berhak mendapat bahagian di atas kelebihan hasil jualan itu;
(b)
apabila sesuatu harta yang dicagar itu perlu dijual semasa menjalankan perintah perlaksanaan itu atau mengikut penghakiman Mahkamah boleh dengan persetujuan Pemegang cagaran memerintah supaya harta itu dijual bebas dari cagaran tersebut dengan memberi pemegang cagaran hak yang sama terhadap hasil jualan seperti juga ia berhak terhadap harta yang dijual itu; dan
(c)
apabila suatu harta takalih dijual semasa melaksanakan sesuatu perintah atau penghakiman penjualan bagi melepaskan tanggungan di atasnya hasil penjualan itu hendaklah dikenakan untuk:
(i) menjelaskan segala perbelanjaan penjualan;
(ii) menjelaskan hutangpokok yang terkena atas tanggungan itu;
(iii) menjelaskan hutangpokok yang terkena atas tanggungan lain (jika ada);
(iv) dibahagikan secara kadar di antara pemegang-pemegang perintah atau penghakiman pembayaran yang sebelum penjualan harta tersebut telah memo-hon kepada Mahkamah yang membuat perintah atau penghakiman penjualan itu dan yang belum dijelaskan hutangnya.
(2) Jika semua ataupun mana-mana aset yang telah dibahagikan secara kadar di bawah seksyen ini telah dibayar kepada seorang yang tidak berhak menerimanya, seseorang yang berhak boleh menuntut daripada orang itu supaya megembalikan aset itu.
(3) Tiada apa-apa di dalam seksyen ini boleh membasmi atau menangguhkan tuntutan di bawah undang-undang bertulis lain yang seharusnya diberi keutamaan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.