ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VII - MASJID



Seksyen 97. Sekatan tentang penubuhan masjid dan penalti

(1) Tiada seorang pun boleh, tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis, mendirikan apa-apa bangunan untuk digunakan atau menggunakan atau menyebabkan digunakan mana-mana bangunan bagi maksud-maksud yang hanya boleh dijalankan di atau oleh masjid.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.