ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 144. Minuman yang memabukkan.

Mana-mana orang Islam melakukan sebarang perbuatan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan di khalayak ramai atau di mana-mana tempat awam adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima belas hari, dan bagi kesalahan yang berikutnya denda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada satu bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.