ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 29. Perjanjian-perjanjian dan hartabenda.

Majlis boleh membuat perjanjian dan boleh juga memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan memiliki akan hartabenda yang boleh dialih dan yang tidak boleh dialih daripada sebarang jenis dan dengan tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang mengenainya maka bolehlah Majlis menukar, memberi, menyerah dan melepas, mencagar, menggadai, memberi semula, memindah, membangun, atau dengan lain-lain cara memisah atau menyelenggarakan sebarang hartabenda yang boleh dialih atau yang tidak boleh dialih yang terserah milik kepada Majlis dengan mengikut mana-mana syarat-syarat yang difikirkan patut oleh Majlis dan sejajar dengan Hukum Syara'.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.