ENAKMEN 3 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2002

BAHAGIAN VI - PEMERIKSAAN SEKOLAH AGAMA OLEH PENDAFTAR, DLL.



Seksyen 23. Kuasa Pendaftar, dll. semasa memeriksa.

(1) Dalam menjalankan pemeriksaan menurut seksyen 22 dan 19, Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar, Nazir Sekolah atau mana-mana orang yang diberi kuasa boleh —
(2) Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar, Nazir Sekolah atau mana-mana orang yang diberi kuasa boleh, pada bila-bila masa ketika menjalankan dengan sah pemeriksaan ke atas sesuatu sekolah agama di bawah Enakmen ini, menghendaki mana-mana anggota Jemaah, pekerja, guru atau murid sekolah agama itu supaya mengemukakan untuk pemeriksaannya apa-apa buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang berhubungan dengan pengurusan, atau pengajaran yang dijalankan di, sekolah agama itu yang ada dalam milikan orang itu atau yang di bawah kawalannya atau yang orang itu mempunyai kuasa untuk memberikannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.