ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX
Darihal Pertuduhan



Seksyen 89. Tiga kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan boleh dituduh bersama-sama.

(1) Apabila seseorang itu dituduh melakukan kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan daripada tarikh kesalahan pertama dilakukan, sama ada terhadap orang yang sama atau tidak, maka dia boleh dipertuduhkan dan dibicarakan bersama dalam satu perbicaraan bagi beberapa pertuduhan yang tidak lebih daripada tiga pertuduhan.

(2) Kesalahan-kesalahan adalah disifatkan sama jenisnya apabila kesalahan itu dihukum di bawah seksyen yang sama dalam Kanun ini atau dalam mana-mana undang-undang lain yang berkuatkuasa pada masa ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.