ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB II - Mahkamah Jenayah



Seksyen 9. Orang awam dikehendaki memberi maklumat atas perkara-perkara yang tertentu.

Tertakluk kepada Hukum Syarak, tiap-tiap orang yang mengetahui berkenaan dengan berlakunya atau kemungkinan mana-mana jua orang lain melakukan sebarang kesalahan yang boleh dihukum di bawah Kanun ini hendaklah dengan segeranya memberitahu maklumat itu kepada Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang berdekatan mengenai perkara yang berlaku atau mungkin berlaku itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.