ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN PENALTI



Seksyen 67. Pemungutan tak berkebenaran.

Mana-mana orang yang, sebagai tidak dibenarkan di bawah Enakmen ini untuk berbuat sedemikian memungut atau cuba memungut zakat atau penalti di bawah Enakmen ini ada melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.