ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXXIII - RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 250. Mendapat balik fee Mahkamah.

Apabila Mahkamah telah memerintah kos dibayar kepada orang papa dan apa-apa jumlah wang telah didapati balik olehnya dalam tindakan atau lain-lain prosiding, semua fee Mahkamah tersebut hendaklah menjadi terhutang oleh seolah-olah ianya bukan seorang papa tetapi hanya sekadar jumlah yang didapati balik itu. Mahkamah boleh enggan membenarkan mana-mana pembicaraan selanjutnya bagi pihak orang papa itu diambil dalam tindakan atau lain-lain prosiding sehingga fee Mahkamah tersebut, atau sebahagian darinya telah dijelaskan mengikut mana yang berkenaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.