ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XIII
Darihal Keputusan



Seksyen 118. Cara menyampaikan keputusan.

Keputusan bagi tiap-tiap perbicaraan dalam mana-mana Mahkamah Syariah hendaklah diumumkan di dalam Mahkamah terbuka, sama ada pada masa itu juga atau kemudiannya yang mana hendaklah diberitahu kepada pihak-pihak berkenaan atau Peguam Syarie mereka atau wakil mereka, dan yang dituduh itu hendaklah jika dia berada dalam tahanan, dibawa ke hadapan Mahkamah, atau jika dia tidak berada dalam tahanan dikehendaki hadir mendengar keputusan itu disampaikan, melainkan jika kehadirannya dalam pembicaraan telah dikecualikan atau hukumannya hanyalah denda.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.