ENAKMEN 4 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR 1984

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 73. Kuasa Mahkamah memerintahkan nafkah bagi kanak-kanak.

(1) Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seorang lelaki mambayar nafkah untuk faedah mana-mana
anaknya---


(2) Mahkamah adalah juga berkuasa memerintahkan seseorang bertanggungan di bawah Hukum Syara' supaya membayar atau memberi sumbangan terhadap nafkah seseorang anak jika Mahkamah berpuashati bahawa memandang kepada kemampuannya adalah munasabah bagi Mahkamah memerintahkan sedemikian.

(3) Sesuatu perintah di bawah seksyen-kecil (1) atau (2) boleh mengarahkan supaya pembayaran dibuat kepada orang yang menjaga atau memelihara dan mengawal anak itu atau kepada pemegang-pemegang amanah bagi anak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.