ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 118. Kuasa Hakim mengemukakan soalan atau memerintahkan pengemukaan.

Hakim boleh, bagi mengetahui atau mendapatkan bukti wajar mengenai fakta-fakta yang relevan, membuat apa-apa pertanyaan yang dia berkenan, dalam apa-apa bentuk pada bila-bila masa, pada mana-mana saksi atau pihak, mengenai apa-apa fakta sama ada relevan atau tak relevan; dan boleh memerintahkan pengemukaan apa-apa dokumen atau benda; dan mana-mana pihak atau ejen mereka tidak berhak membuat apa-apa bantahan atas mana-mana soalan atau perintah itu, atau, tanpa izin mahkamah, memeriksa balas mana-mana saksi atas apa-apa jawapan yang diberi bagi menjawab mana-mana soalan itu:

Dengan syarat penghakiman itu mestilah berasaskan fakta-fakta yang ditetapkan oleh Enakmen ini sebagai releven dan dibuktikan dengan sempurnanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.