ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN X - PERMOHONAN



Seksyen 70. Permohonan lisan.

(1) Mahkamah boleh menurut budi bicaranya membenarkan mana-mana permohonan dibuat secara lisan dengan syarat pemohon itu mengemukakan permohonannya dalam borang yang ditetapkan dan setelah membayar fee sewajarnya untuk permohonan itu. Dalam hal yang demikian, permohonan itu hendaklah dicatatkan oleh Mahkamah dan difail.

(2) Mahkamah boleh mengarahkan supaya notis mana-mana permohonan tersebut disampaikan kepada mana-mana pihak atau orang lain.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.