ENAKMEN 6 TAHUN 2001
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Pernyataan yang dibuat di bawah Hal Keadaan Khas



Seksyen 23. Bila catatan dalam rekod awam yang dibuat pada melaksanakan kewajipan ialah qarinah.

Sesuatu catatan dalam mana-mana daftar, rekod atau mana-mana buku awam atau buku rasmi yang lain yang menyatakan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan dan dibuat oleh seseorang pengkhidmat awam pada menunaikan tugas rasminya atau oleh mana-mana orang lain pada melaksanakan sesuatu kewajipan yang diperintahkan dengan khususnya oleh undang-undang negara di mana daftar, rekod atau buku itu disimpan, ialah dengan sendirinya qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.