ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN XXV - PELBAGAI



Seksyen 240. Kehadiran sendiri.

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis lain, Mahkamah boleh jika difikirkannya perlu memerintahkan supaya mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding hadir sendiri pada bila-bila masa, melainkan jika pihak itu berada di luar Negeri, dan kegagalan sengaja untuk mematuhi perintah itu hendaklah menjadi suatu penghinaan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.