ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 117. Testimoni mengenai fakta yang dinyatakan dalam dokumen yang tersebut dalam seksyen 116.
Seseorang saksi boleh juga memberi keterangan mengenai fakta yang tersebut dalam mana-mana dokumen seperti yang disebutkan dalam seksyen
116
jika dia yakin bahawa fakta itu telah direkodkan dengan betulnya dalam dokumen itu walaupun dia tiada ingatan yang tepat tentang fakta itu sendiri.
MISALAN
Penyimpan kira-kira boleh memberi keterangan mengenai fakta yang telah direkodkan olehnya dalam buku-buku yang sentiasa dicatatkan dalam perjalanan urusan jika dia tahu bahawa buku-buku itu telah dicatatkan dengan betulnya, walaupun dia telah terlupa tentang urusan-urusan yang tertentu yang telah dicatatkannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.