ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN II - PENUBUHAN DAN PENTADBIRAN



Seksyen 13. Pengenalan pegawai-pegawai.

(1) Mana-mana orang yang menjalankan hak akses atau hak untuk mengambil milik yang diberikan oleh seksyen 29 hendaklah membawa bersama waran seperti dalam borang yang ditetapkan dan dikeluarkan oleh Setiausaha atau, (dalam hal waran yang dikeluarkan kepada Setiausaha) oleh Ketua Penolong Setiausaha, yang hendaklah mengenalpastikan pemegang waran itu dan juga jawatannya dan hendaklah dikemukakan oleh pemegang apabila diminta kepada mana-mana orang yang mempunyai alasan-alasan yang munasabah memintanya berbuat demikian.

(2) Jika seseorang yang berupa sebagai pegawai awam menjalankan fungsi di bawah Enakmen ini mengemukakan waran seperti dalam borang yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) atau apa-apa pengenalan atau kebenaran bertulis, maka, sehingga dibuktikan sebaliknya, waran, pengenalan atau kebenaran itu hendaklah dianggap sebagai tulen dan orang itu hendaklah dianggap sebagai orang yang disebutkan di dalamnya itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.