ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006

BAHAGIAN XI-AM



Seksyen 123. Kecualian dan peralihan

(1) Semua kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran dan pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa mana-mana peruntukan undang-undang bertulis yang dimansuhkan menurut kuasa oleh Enakmen ini hendaklah terus berkuatkuasa, setakat yang tidak bertentangan dengan Enakmen ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran, atau pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen ini.

(2) Apabila Enakmen ini mula berkuatkuasa, semua kuasa mahkamah-mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini dan mana-mana sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain atau selainnya tentang mahkamah-mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan sebagai sebutan tentang mahkamah di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.