ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN V - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB 5 - PERUNTUKAN-AM TENTANG PERBICARAAN



Seksyen 107. Kuasa untuk menangguhkan atau menunda perbicaraan.

(1) Jika menjadi perlu atau patut untuk menangguhkan permulaan perbicaraan atau menunda apa-apa perbicaraan oleh sebab seseorang saksi tidak hadir atau apa-apa sebab yang munasabah yang lain, maka Mahkamah boleh, dari semasa ke semasa, menangguhkan atau rnenundanya atas apa-apa syarat yang difikirkannya patut bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya munasabah dan boleh, melalui waran, menahan tertuduh jika dia dalam jagaan:

Dengan syarat bahawa tiada Hakim boleh menahan seseorang tertuduh dalam jagaan di bawah seksyen ini selama tempoh melebihi lapan hari pada setiap kali:

Dengan syarat selanjutnya bahawa jika seseorang Pegawai Perubatan Kerajaan telah memperakui bahawa pengadu tidak akan dapat memberikan keterangan sebelum sesuatu tarikh tertentu, tertuduh bolehlah ditahan sehingga ke tarikh itu walaupun tempoh tahanan mungkin melebihi lapan hari.

(2) Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah seksyen ini oleh Mahkamah hendaklah secara bertulis, ditandatangani oleh Hakim yang menjalankan perbicaraan itu, dan hendaklah menyatakan sebab-sebab baginya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.