ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Kenyataan oleh orang yang tidak boleh dipanggil sebagai saksi



Seksyen 21. Qarinahnya keterangan yang tertentu bagi membuktikan dalam prosiding yang terkemudian tentang kebenaran fakta yang tersebut di dalamnya.

Keterangan yang diberi oleh seseorang saksi dalam suatu prosiding kehakiman, atau di hadapan seseorang yang diberikuasa oleh undang-undang mengambil keterangan itu, adalah qarinah dalam suatu prosiding kehakiman yang kemudian, atau pada suatu peringkat yang terkemudian dalam prosiding kehakiman itu juga, bagi maksud membuktikan kebenaran fakta yang dinyatakan olehnya apabila saksi itu telah mati atau tidak dapat dijumpai atau tidak berdaya memberi keterangan atau dihalang memberi keterangan oleh pihak lawannya, ataupun jika kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat mahkamah, tidak berpatutan, memandangkan kepada keadaan hal itu:

Dengan syarat
-
Huraian- Sesuatu perbicaraan atau siasatan jenayah hendaklah disifatkan sebagai satu prosiding di antara pendakwa dengan orang dituduh dalam erti seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.