ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 144. Perintah untuk mengambil keterangan lanjut.

(1) Dalam menimbangkan mana-mana rayuan di bawah Bab ini Mahkamah Tinggi Syariah, jika ia fikirkan keterangan tambahan adalah perlu, bolehlah sama ada mengambil keterangan itu sendiri atau mengarahkannya supaya diambil oleh Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Apabila keterangan tambahan diambil oleh "Mahkamah Rendah Syariah, ia hendaklah memperakukan keterangan itu kepada Mahkamah Tinggi Syariah yang sesudah itu hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, menyelesaikan rayuan itu.

(3) Melainkan jika Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan selainnya, tertuduh itu atau peguam syarienya hendaklah hadir apabila keterangan tambahan itu diambil.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.