ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII
Darihal Muraja'ah



Seksyen 170. Kebenaran untuk pihak hadir.

Mana-mana pihak tidaklah mempunyai hak untuk didengar sama ada olehnya sendiri atau oleh wakilnya di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah sewaktu menjalankan kuasa muraja'ahnya:

Dengan syarat bahawa Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Tinggi boleh jika difikirkan patut apabila menjalankan kuasa mendengar mana-mana pihak, sama ada olehnya sendiri atau Peguam Syarienya dan tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh subseksyen (2) yang terdahulu daripada seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.