ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAl PERBICARAAN



Seksyen 104. Penukaran Hakim Syarie dalam masa perbicaraan.

Apabila mana-mana Hakim Syarie, selepas daripada mendengar dan merekodkan keseluruhan atau mana-mana bahagian keterangan pada suatu perbicaraan terhenti menjalankan bidang kuasa mengenainya dan diganti oleh Hakim Syarie lain yang mempunyai dan yang menjalankan bidang kuasa itu, maka Hakim yang menggantikannya itu boleh bertindak atas keterangan yang direkodkan sedemikian oleh pendulunya, atau yang sebahagiannya direkodkan oleh pendulunya itu dan sebahagiannya direkodkan olehnya sendiri, atau dia boleh memanggil semula saksi-saksi dan memulakan semula perbicaraan itu:

Dengan syarat seperti berikut:





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.