ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 110. Penyingkiran keterangan untuk menyangkal jawapan kepada soalan yang menguji kebenaran

Apabila seseorang saksi telah ditanya dan telah menjawab apa-apa soalan yang relevan kepada siasatan itu hanya setakat yang ia cenderung melemahkan kebolehpercayaannya dengan mencela wataknya, tiada keterangan boleh diberikan bagi menyangkalnya, tetapi jika dia memberikan jawapan palsu, maka dia boleh kemudiannya dipertuduh kerana memberikan keterangan palsu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.