ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN III - YANG DIPERTUA, SETIAUSAHA DAN PERJALANAN MAJLIS
Kuasa-Kuasa dan Fungsi-fungsi Yang Dipertua ke atas Perjalanan Majlis, dsb.



Seksyen 18. Kehadiran bukan anggota dalam mesyuarat Majlis.

(1) Yang Dipertua boleh menjemput mana-mana orang yang bukan anggota Majlis untuk hadir dalam mana-mana mesyuarat Majlis jika urusan di hadapan mesyuarat itu menyebabkan kehadiran orang itu dikehendaki bagi maksud membantu atau menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang ditimbangteliti.

(2) Seseorang yang menghadiri mesyuarat di bawah subseksyen (1) berhak mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian Majlis tetapi tidak berhak mengundi.

(3) Mana-mana orang yang dijemput di bawah subseksyen (1) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat MajIis boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang diputuskan oleh MajIis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.