ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 3 - JAMINAN



Seksyen 188. Bila orang akan dilepaskan.

(1) Sebaik sahaja bon telah dilaksanakan, orang yang berkenaan hendaklah di lepaskan dan jika dia berada di penjara, Mahkamah yang membenarkan dia dijamin itu hendaklah mengeluarkan perintah pelepasan kepada pegawai penguasa penjara, dan pegawai itu, apabila ia menerima perintah itu, hendaklah melepaskan orang itu.

(2) Tiada apa pun yang disebutkan dalam seksyen ini, atau seksyen 184 boleh disifatkan sebagai menghendaki seseorang itu dilepaskan jika orang itu boleh ditahan untuk sesuatu perkara yang lain dari perkara yang mana bon itu telah dilaksanakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.