ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VIII - AM



Seksyen 124. Mengakui seorang lain sebagai ibu atau bapa.


Jika seseorang mengakui seorang lain sebagai bapa atau ibunya, maka pengakuan itu, jika dipersetujui atau disahkan oleh orang yang diakui itu, sama ada dalam masa hayat atau selepas kematian orang yang mengakui itu, adalah menjadi suatu hubungan nasab yang sah, setakat mana perhubungan di antara bapa atau ibu dengan anak itu sahaja:

Dengan syarat bahawa memandang kepada umur orang yang membuat pengakuan dan umur orang yang diakui itu adalah munasabah orang yang diakui ibu atau bapa kepada orang yang mengakui sedemikian.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.