ENAKMEN 12 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 2 - KETERANGAN LISAN
Seksyen 47. Keterangan lisan mestilah secara langsung
(1) Dalam segala hal apa jua pun, keterangan lisan hendaklah diberikan secara langsung, iaitu—
(a)
jika ia merujuk kepada fakta yang boleh dilihat, maka ia mestilah keterangan saksi yang mengatakan bahawa dia telah melihat fakta itu;
(b)
jika ia merujuk kepada fakta yang boleh didengar, maka ia mestilah keterangan saksi yang mengatakan bahawa dia telah mendengar fakta itu;
(c)
jika ia merujuk kepada fakta yang boleh ditanggap melalui apa-apa deria rasa yang lain atau dengan apa-apa cara lain, maka ia mestilah keterangan saksi yang mengatakan bahawa dia telah menanggapnya dengan deria rasa itu atau dengan cara itu;
(d)
jika ia merujuk kepada pendapat atau alasan yang berasaskannya pendapat itu dipegang, maka ia mestilah keterangan orang yang berpegang pada pendapat itu atas alasan tersebut.
(2) Pendapat pakar yang dinyatakan dalam mana-mana treatis yang biasanya ditawarkan untuk jualan dan alasan yang berasaskannya pendapat itu dipegang boleh dibuktikan dengan mengemukakan treatis itu.
(3) Jika keterangan lisan merujuk kepada kewujudan atau keadaan apa-apa benda material, termasuk sesuatu dokumen, maka Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, menghendaki supaya benda material atau dokumen itu dikemukakan untuk pemeriksaannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.