ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 160. Tidak mendaftarkan masuk atau keluar dari Islam.

(1) Barangsiapa yang bertanggungjawab untuk melapurkan mengikut peruntukan Enakmen ini akan kemasukan seseorang menjadi Islam dengan semata-mata lalai atau tidak membuat yang demikian itu hendaklah didenda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima belas hari.

(2) Barangsiapa yang bertanggungjawab untuk melapurkan menurut peruntukan di bawah Enakmen ini atas seseorang Islam yang keluar daripada Igama Islam dengan sengaja membiar atau enggan membuat lapuran sedemikian hendaklah dihukum denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima belas hari.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.