ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 223. Orang yang dibebaskan atas jaminan hendaklah memberi alamat untuk penyampaian.

(1) Apabila seseorang dibebaskan atas jaminan, dia hendaklah memberi kepada Mahkamah atau pegawai yang mengambil jaminan itu, alamat di mana semua notis dan proses boleh disampaikan kepadanya, dan dalam mana-mana hal jika orang itu tidak dijumpai, atau atas sebab-sebab lain penyampaian notis atau proses keatasnya tidak dapat dilaksanakan, apa-apa notis atau proses yang ditinggalkan untuk orang itu di alamat yang diberi olehnya hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan kepadanya dengan sempurna.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.