ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 2 - SAKSI



Seksyen 83. Siapa yang boleh memberikan keterangan sebagai saksi.

(1) Tertakluk kepada seksyen ini, semua orang Islam adalah kompeten untuk memberikan syahadah atau bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka adalah 'aqil, baligh, 'adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak berprasangka.

(2) Seseorang orang bukan Islam adalah kompeten untuk memberikan bayyinah untuk orang Islam jika keterangannya boleh diterima mengikut Undang-Undang Islam.

(3) Seorang yang tidak 'adil adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten memberikan syahadah.

(4) Seorang yang belum baligh atau seorang yang tak sempuma akal adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.

(5) Seorang yang mempunyai ingatan yang lemah atau yang pelupa atau menghidap hilang ingatan adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.

(6) Seorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan baiknya dengan dan mempunyai kepentingan dalam pihak menentang adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.

(7) Seorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan buruknya dengan pihak menentang adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.