ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - SURAT-SURAT PERINTAH UNTUK MEMAKSA MENGEMUKAKAN SURATAN DAN HARTA LAIN DAN UNTUK MELEPASKAN ORANG TERSALAH TAHAN
Waran Geledah



Seksyen 45. Hakim boleh mengeluarkan waran memberi kuasa menggeledah untuk mendapatkan keterangan mengenai kesalahan.

Jika seseorang Hakim, hasil daripada maklumat dan penyiasatan sebagaimana yang difikirkan perlu, mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa sesuatu benda yang merupakan perkara suatu kesalahan atau sedang atau telah digunakan untuk melakukan suatu kesalahan atau yang perlu bagi penyiasatan terhadap mana-mana kesalahan, boleh didapati mana-mana tempat, Hakim itu boleh dengan waran memberi kuasa kepada orang yang diarahkan dalam waran itu memasuki, dengan bantuan sebagaimana dipinta, dan menggeledah tempat itu untuk mendapat keterangan atau benda tersebut, dan jika sesuatu yang digeledah itu ditemui, merampasnya dan membawakannya ke hadapan Hakim yang mengeluarkan waran itu atau Hakim yang lain untuk diselesaikan mengikut undang-undang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.