ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI
Darihal Jaminan



Seksyen 185. Jumlah jaminan.

(1) Amaun jaminan yang dilaksanakan di bawah Bab ini hendaklah ditetapkan dengan mengambil perhatian kepada keadaan di dalam kes supaya mencukupi untuk kehadiran orang yang ditangkap itu, akan tetapi tidak seharusnya melampaui.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah boleh di dalam mana-mana kes sama ada terdapat rayuan dari sabitan atau tidak mengarahkan supaya seseorang itu diberi jaminan atau mengarahkan jaminan yang diperlukan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis atau Mahkamah Rendah Syariah dikurang atau ditambah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.