ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 2 - ADUAN KEPADA HAKIM



Seksyen 76. Penolakan aduan.

(1) Hakim yang di hadapannya suatu aduan di buat boleh menolak aduan itu jika, setelah memeriksa pengadu dan merekodkan pemeriksaannya dan menimbangkan hasil siasatan, jika ada, yang dibuat di bawah seksyen 75, pada pendapatnya tiada alasan yang mencukupi untuk meneruskan prosiding.

(2) Hakim yang menolak aduan itu hendaklah merekodkan sebab-sebab dia berbuat demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.