ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXXI - KOS, ELAUN DAN FEE MAHKAMAH



Seksyen 228. Saksi pakar.

(1) Seseorang yang perlu menghadiri Mahkamah sebagai saksi pakar boleh dibenarkan bayaran kerana berkelayakan memberi keterangan, tetapi feenya tidak boleh melebihi $50.00 kerana kelayakannya dan $25.00 bagi tiap-tiap hari ia hadir di Mahkamah kecuali atas alasan-alasan yang khusus.

(2) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 227 keperluan menghadiri Mahkamah hendaklah ditentukan mengikut lamanya sesuatu perbicaraan itu biasa dijalankan. Kehadirannya boleh menjadi perlu walaupun saksi itu tidak sebenarnya dipanggil dan walaupun sapina tidak dikeluarkan kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.