ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN X - ACARA DALAM PEMBICARAAN JENAYAH



Seksyen 198. Tahanan kerana penyiasatan tiada dapat dikemaskan dalam dua puluh empat jam.


(1) Bila-bila masa seseorang itu ditangkap dan ditahan dan penyiasatan ke atas kes itu tidak dapat dikemaskan dalam masa dua puluh empat jam dan ada sebab-sebab yang boleh memberi kepercayaan bahawa tuduhan atau maklumat terhadap kes itu adalah dengan manasabah terbukti maka pegawai yang menyiasat kes itu hendaklah dengan serta merta mengemukakan kenyataan kes dengan ringkas kepada Kadi dengan dihadapkan orang yang ditangkap itu bersama.

(2) Kadi itu di hadapan siapa orang yang ditangkap itu dihadapkan di bawah seksyen ini, sama ada ia ada kuasa membicarakan kes itu atau tidak, boleh dari masa ke semasa mengarahkan orang itu ditahan sebagaimana yang difikirkannya patut selama tidak lebih daripada lima belas hari pada kesemuanya.

(3) Kadi yang membuat arahan menahan di bawah seksyen ini hendaklah mencatatkan sebab-sebabnya ia berbuat demikian.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.