ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 143. Menjual atau membeli arak.

(1) Seseorang ibu atau bapa atau penjaga yang didapati menjual, membeli atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya kepada seseorang yang bukan beragama Islam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(2) Penjualan, pembelian atau penyerahan yang sedemikian itu adalah tidak sah dan anak itu hendaklah diserahkan balik kepada mana-mana orang atau rumah kebajikan yang layak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.