ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XI - PENZAHIRAN



Seksyen 85. Penzahiran dokumen dan fakta.

(1) Mahkamah boleh, jika perlu dan atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, memerintahkan mana-mana pihak-
(2) Jika pihak itu suatu badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, seorang pegawainya boleh diperintahkan supaya mematuhi perintah atau arahan Mahkamah berkenaan dengan penzahiran apa-apa dokumen.

(3) Mahkamah boleh menggantung prosiding itu sementara menanti pematuhan perintah atau arahan Mahkamah di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.