ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
Bab XVII - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN



Seksyen 153. Kos.

(1) Tertakluk kepada seksyen-kecil berikut, di dalam semua pembicaraan di bawah Bab ini dan Bab berikut Mahkamah Rayuan mempunyai kuasa untuk memutuskan kos yang difikirkan patut supaya dibayar oleh pengadu kepada orang yang dituduh atau oleh orang yang dituduh kepada pengadu :

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa kos boleh diberi di dalam mana-mana pembicaraan yang dibawa terhadap perintah pembebasan.

(2) Kos itu hendaklah ditaksirkan oleh Mahkamah Rayuan pada masa keputusannya diberi.

(3) Kos tidaklah boleh diberi di dalam mana-mana kes sama ada terhadap atau bagi pihak Pendakwa.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.