ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN IV - PELANTIKAN MUFTI DAN PENUBUHAN LEMBAGA FATWA.
Lembaga Fatwa



Seksyen 41. Fatwa yang ada kaitan dengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional.

(1) Walau apa pun kuasa Lembaga Fatwa di bawah seksyen 37, apabila ternampak kepada Lembaga Fatwa bahawa suatu fatwa yang dicadangkan dibuat adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional, Lembaga Fatwa hendaklah menangguhkan perbincangannya tentang fatwa yang dicadangkan itu dan mengemukakan perkara itu kepada Majlis dengan sewajarnya.

(2) Selepas menimbangteliti perkara itu, Majlis boleh membuat syor kepada Yang di-Pertua Negeri bagi mendapatkan perkenannya untuk merujukkan fatwa yang dicadangkan itu kepada Majlis Raja-Raja melalui Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

(3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu fatwa hendaklah disifatkan berkaitan dengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional jika persoalan itu ada kaitan dengan apa-apa perkara, dasar, program atau aktiviti yang secara langsung menyentuh kepentingan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana kementerian, jabatan atau agensinya.

(4) Jika Yang di-Pertua Negeri memberikan perkenannya di bawah subseksyen (2), Majlis hendaklah, sebelum fatwa itu dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, memaklumkan Kerajaan Negeri tentang perujukan itu.

(5) Apabila sesuatu fatwa yang dicadangkan telah dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan; Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu hendaklah mengemukakan nasihat dan syornya tentang perkara itu kepada Majlis Raja-Raja mengikut subseksyen (2).

(6) Jika Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan dan mengesyorkan supaya dibuat fatwa yang dicadangkan itu, dengan atau tanpa apa-apa ubahsuaian, atau supaya dibuat suatu fatwa lain tentang perkara yang sama, dan MajIis Raja-Raja telah bersetuju-
maka Majlis hendaklah memberitahu Yang di-Pertua Negeri tentang fatwa itu mengikut apa-apa nasihat dan syor itu dan seksyen 37 hendaklah terpakai baginya.

(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.