ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 7 - SAKSI



Seksyen 88. Keterangan seorang saksi dan sumpah.

Keterangan seorang saksi sahaja bagi plaintif adalah layak diterima di dalam kes sivil dengan syarat dibuat bersama-sama dengan sumpah oleh plaintif.

MISALAN

Plaintif yang menuntut hutang ke atas seorang lain dan hanya ada seorang saksi sahaja, tuntutannya itu boleh diterima dengan saksi itu bersama dengan sumpah plaintif.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.