ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 28. Perlantikan Ketua Pendaftar, dan Timbalan Pendaftar.

(1) Majlis boleh melantik mana-mana pegawai awam yang berkelayakkan untuk menjadi Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' bagi maksud-maksud Enakmen ini, yang mana adalah berkuasa menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas Pendaftar-Pendaftar dan pendaftaran perkahwinan, perceraian dan ruju' di bawah Enakmen ini.

(2) Majlis boleh melantik beberapa orang yang berkelayakkan sebagaimana yang perlu, untuk menjadi Pendaftar, Timbalan Pendaftar,atau Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam bagi mana-mana kariah masjid dalam Sabah sebagaimana ditentukan dalam perlantikan itu.

(3) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas nasihat Majlis, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik mana-mana anggota staf diplomatik Malaysia di mana-mana negara untuk menjadi Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam bagi maksud-maksud Enakmen ini di negara itu.

(4) Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) dan (2) yang bukan pegawai awam hendaklah disifatkan sebagai
pegawai awam bagi maksud-maksud Kanun Keseksaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.