ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN VI - MASJID



Seksyen 76. Perlantikan Pegawai Masjid.

(1) Bagi setiap masjid dalam Negeri ini hendaklah dilantik seorang Imam, Bilal dan Siak.

(2) Jawatan-jawatan Imam, Bilal dan Siak hendaklah dianggap sebagai jawatan penjawat awam mengikut maksud Kanun Keseksaan [N.M.B. Bab 45].

(3) Imam dan bilal hendaklah dilantik oleh Majlis daripada kalangan orang-orang yang layak.

(4) Apabila berkuatkuasanya seksyen ini tiap-tiap orang yang menjadi Imam, Bilal dan Siak sebelum sahaja berkuatkuasanya seksyen ini hendaklah dianggap sebagai telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Imam, Bilal dan Siak masjid itu dan hendaklah tertakluk kepada seksyen 78 terus menjalankan tugasnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.